Saturday, March 2, 2013

Sambutan Maulidur Rasul Dan Mesyuarat Agung PIBG





Pada 21 dan 22 Feb yang lepas, pihak sekolah telah mengadakan sambutan Maulidur Rasul berserta dengan Mesyuarat Agong PIBG. Guru - guru  PPKI SKAM terlibat dalam pelbagai urusan antaranya menyiapkan backdrop, menyediakan bunga telur bermula daripada aktiviti merebus telur masin dan juga kawalan murid. Bagi aktiviti merebus telur masin,murid kelas Jaya telah membantu guru untuk membersihkan salutan hitam telur masin tersebut.
 Perarakan ini telah disertai oleh murid murid dari kelas pra, tahun 1 - 6 dan juga murid Pendidikan Khas. Bermula dari jalan utama hingga ke kawasan sekolah diiringi oleh paluan kompang di samping berselawat .








Pada majlis tersebut, murid - murid, ibu bapa dan guru dijamukan dengan nasi beriani . Oleh sebab waktu makan murid pada pukul 11 pagi melebihi waktu rehat, kebanyakan murid berasa lapar menyebabkan Hakimi bertambah nasi sebanyak 2 kali.














Sambutan kali ini agak meriah kerana diakhir Mesyuarat Agong PIBG telah diadakan cabutan bertuah. Ini merupakan kali kedua cabutan bertuah diadakan selepas beberapa tahun yang lepas. Sponsor dan tajaan hadiah cabutan bertuah daripada pihak - pihak tertentu amatlah menggalakkan dan kebanyakan tetamu pulang dengan membawa hadiah.





.

No comments:

Post a Comment