Saturday, March 2, 2013

Jualan Program Transisi



Pada 27 dan 28 Mac, Kejohanan Balapan dan Padang Peringkat Zon Kukup telah diadakan di padang SKMAM. Maka PPKI SKAM tidak melepaskan untuk melakukan jualan transisi. Dalam jualan transisi berasaskan makanan ini, kesemua murid Jaya telah terlibat. Bagi urusan jualan, ianya dikendalikan oleh murid murid sendiri di bawah seliaan 2 orang guru pelatih daripada IPTI. Untuk penyediaan bahan, guru - guru dan PPM PPKI SKAM bersama murid Jaya dan sebahagian kelas USaha dan Maju telah bergotong royong menyediakan bahan jualan.
 




Affandi dan Sharul telah diberi tugasan  untuk menjual air minuman. Bagi jualan air minuman, PPKI SKAM telah menjual air asam boi dan air cincau, aiskrim Pop Yeh Yeh ( Idea guru pelatih IPTI iaitu Cikgu Jannah). Dan pada hari kedua, jualan air minuman bertambah lebih rancak  dengan menjual ice blended, asam boi, bandung cincau dan air jagung ( sangat sedap dan dibuat oleh Cikgu Mas). PPKI SKAM juga telah cuba menjual jagung manis kukus. Sebagai percubaan, hanya 2 kg jagung manis di beli dan hasilnya tidak sampai 30 minit selesai dijual sehingga tidak sempat dirakam gambar. Oleh itu, jagung manis kukus ini akan dimasukkan sebagai salah satu menu utama yang akan dijual pada sukan pendidikan khas pada 13 Mac ini.


Setelah penat berjual sehingga ke petang. Murid kelas Jaya di beri upah  . Walaupun tidak besar mana nilainya, tetapi guru PPKI telah menerapkan dan membimbing murid untuk mencuba potensi diri ke arah kerjaya yang melibatkan urus niaga. Tujuannya agar, pada masa kelak mereka mampu berdikari dan memanfaatkan peluang diri  untuk membina kehidupan. 


No comments:

Post a Comment