Monday, March 11, 2013

Anak - Anak Syurga




Murid murid kelas Usaha dan Jaya sewaktu di dalam kelas.

Murid - murid Usaha sewaktu kelas PSV membuat sampul duit raya

Naszerin membantu Nabilah menyurih manila kad untuk dijadikan sampul duit

Faiz membantu Najihah menyurih manila kad untuk dijadikan sampul duit


Murid Usaha dengan sampul duit masing - masing yang dibuat menggunakan corak lukisan yang telah dilukis sebelum ini
Saiful
Najiha


Murid Kelas Jaya sewaktu Kemahiran Hidup Jahitan dan Multimedia. Alhamdulillah, murid lelaki kelas Jaya sudah pandai menjahit jahitan insang pari, jahitan kia. Murid - murid perempuan juga pun sama

Mari menjahit
Yessss. Hasil pertama yang dibuat sendiri oleh murid dengan bimbingan minima guru
Fokus menyiapkan tugasan membina rumah menggunakan shapes dalam Microsoft Words yang kemudian akan dihantar  ke emel guru.

Jualan Transisi Pendidikan Khas Kedua

Sempena Pertandingan Bola Sepak Peringkat Zon Kukup  yang diadakan di sekolah. Unit transisi PPKI SKAM telah membuka gerai menjual minuman dan makanan yang diusahakan sepenuhnya oleh murid Kelas Jaya dengan diselia oleh Cg Jannah dan Cg Amira di gerai. Manakala Cg WAni, Cg Ilya dan Pn Huda mengambil tempat di bahagian belakang dapur beserta murid Jaya untuk penyediaan menu.

Cg Wani dan Pn Huda menggoreng wedges kentang




Siti Aishah mengira wang yang perlu dikembalikan



Asnizam dan Sharul menjaga bahagian ice blended dan jagung kukus di bawah seliaan Cg Jannah. 
Jagung kukus merupakan menu baru bagi jualan PPKI SKAM .

Nur Amira selaku ketua kira - kira dan jualan

menanti pembeli



Perlawanan bola sepak
# Tahniah kepada SK Andek Mori kerana telah mendapat tempat kedua dalam pertandingan bola sepak.



  Pada waktu ini, kelas Usaha dan Maju menjalani Pdp seperti biasa.

Nurul Alis

Nabila ( murid Down SYNDROM)

Najihah

Saturday, March 2, 2013

Jualan Program Transisi



Pada 27 dan 28 Mac, Kejohanan Balapan dan Padang Peringkat Zon Kukup telah diadakan di padang SKMAM. Maka PPKI SKAM tidak melepaskan untuk melakukan jualan transisi. Dalam jualan transisi berasaskan makanan ini, kesemua murid Jaya telah terlibat. Bagi urusan jualan, ianya dikendalikan oleh murid murid sendiri di bawah seliaan 2 orang guru pelatih daripada IPTI. Untuk penyediaan bahan, guru - guru dan PPM PPKI SKAM bersama murid Jaya dan sebahagian kelas USaha dan Maju telah bergotong royong menyediakan bahan jualan.
 




Affandi dan Sharul telah diberi tugasan  untuk menjual air minuman. Bagi jualan air minuman, PPKI SKAM telah menjual air asam boi dan air cincau, aiskrim Pop Yeh Yeh ( Idea guru pelatih IPTI iaitu Cikgu Jannah). Dan pada hari kedua, jualan air minuman bertambah lebih rancak  dengan menjual ice blended, asam boi, bandung cincau dan air jagung ( sangat sedap dan dibuat oleh Cikgu Mas). PPKI SKAM juga telah cuba menjual jagung manis kukus. Sebagai percubaan, hanya 2 kg jagung manis di beli dan hasilnya tidak sampai 30 minit selesai dijual sehingga tidak sempat dirakam gambar. Oleh itu, jagung manis kukus ini akan dimasukkan sebagai salah satu menu utama yang akan dijual pada sukan pendidikan khas pada 13 Mac ini.


Setelah penat berjual sehingga ke petang. Murid kelas Jaya di beri upah  . Walaupun tidak besar mana nilainya, tetapi guru PPKI telah menerapkan dan membimbing murid untuk mencuba potensi diri ke arah kerjaya yang melibatkan urus niaga. Tujuannya agar, pada masa kelak mereka mampu berdikari dan memanfaatkan peluang diri  untuk membina kehidupan. 


Sambutan Maulidur Rasul Dan Mesyuarat Agung PIBG





Pada 21 dan 22 Feb yang lepas, pihak sekolah telah mengadakan sambutan Maulidur Rasul berserta dengan Mesyuarat Agong PIBG. Guru - guru  PPKI SKAM terlibat dalam pelbagai urusan antaranya menyiapkan backdrop, menyediakan bunga telur bermula daripada aktiviti merebus telur masin dan juga kawalan murid. Bagi aktiviti merebus telur masin,murid kelas Jaya telah membantu guru untuk membersihkan salutan hitam telur masin tersebut.
 Perarakan ini telah disertai oleh murid murid dari kelas pra, tahun 1 - 6 dan juga murid Pendidikan Khas. Bermula dari jalan utama hingga ke kawasan sekolah diiringi oleh paluan kompang di samping berselawat .








Pada majlis tersebut, murid - murid, ibu bapa dan guru dijamukan dengan nasi beriani . Oleh sebab waktu makan murid pada pukul 11 pagi melebihi waktu rehat, kebanyakan murid berasa lapar menyebabkan Hakimi bertambah nasi sebanyak 2 kali.














Sambutan kali ini agak meriah kerana diakhir Mesyuarat Agong PIBG telah diadakan cabutan bertuah. Ini merupakan kali kedua cabutan bertuah diadakan selepas beberapa tahun yang lepas. Sponsor dan tajaan hadiah cabutan bertuah daripada pihak - pihak tertentu amatlah menggalakkan dan kebanyakan tetamu pulang dengan membawa hadiah.





.

Pergi Takkan Kembali

Pada 8 Februari 2013, PPKI SKAM telah mengadakan majlis tahlil yang dikhususkan untuk bekas murid yang telah kembali ke rahmatullah pada tahun lepas iaitu Allahyarham Sahari.  Disamping itu tahlil arwah untuk penjaga murid iaitu arwah Nordin  dan Arwah Yahakob.

video

 Majlis tahlil ini dirancang secara spontan dalam masa 2 hari. Terlalu banyak jasa yang ditabur oleh arwah Sahari terutama dalam membantu guru. Tingkahlaku yang menyenangkan hati guru serta bersifat baik hati membuatkan guru guru dan rakan sekelas sentiasa ingat walaupun arwah telah melanjutkan pelajaran ke sekolah menengah.  Mudah - mudahan arwah  Sahari, pakcik Nordin, Pak Akob ditempatkan dikalangan orang orang yang beriman dan bertakwa.
*****Terima kasih kepada Cikgu Nik sebagai sponsor utama untuk majlis tahlil ini.