Tuesday, April 23, 2013

Persembahan Pom Pom PPKI SKAM

Sempena Kejohanan Sukan Padang dan Balapan  Pendidikan Khas  Daerah Pontian. PPKI SKAM di bawah kelolaan guru pelatih dari IPTI iaitu Cg Jannah dan Cg Amira telah melatih murid murid PPKI SKAM yang terdiri daripada murid kelas Usaha, Maju dan Jaya untuk membuat persembahan pom - pom sempena majlis penutup.


Intro pom - pom sahaja yang boleh diupload, video satu lagi besar 

Majlis Perpisahan Guru Praktikal


19 April 2013, PPKI SKAM mengadakan jamuan perpisahan dengan guru pelatih dari IPGM Kampus Temenggong Ibrahim.  Cg Jannah dan Cg Amira yang banyak memberi sumbangan dalam menjayakan persembahan pom pom dan latihan tarian untuk pertandingan karnival seni peringkat Daerah Pontian.


BINTANG BARAT TERBITAN PETANG
BINTANG TIMUR TERBITAN PAGI
JIKA TIDAK MELARAT PANJANG
ADA UMUR KETEMU LAGI


Cenderahati dari PPKI SKAM kepada Cg Amira

Cenderahati dari PPKI SKAM  kepada Cg Jannah



Cenderamata dari guru praktikal kepada warga PPKI SKAM

Special cenderamata 










Ucapan Cg Mira berlatarbelakang video maker yang dibuat oleh  mereka berdua. Superbbbb!!!

Jamuan perpisahan untuk mereka pada kali kedua selepas hari sebelum ini







Cg Jannah dalam memori PPKI


Cg Amira dalam memori PPKI











Letih berjalan di tengah pekan,
Singgah sebentar di gerai siti,
Terima kasih kami ucapkan,
Atas segala jasa dan bakti.

Terima kasih kami ucapkan,
Kerana kalian selalu membantu,
Jasa dan bakti jadi taruhan,
Akan dikenang setiap waktu.

Pisang emas bawa belayar,
Masak sebiji diatas peti,
Hutang emas bolh dibayar,
Hutang budi dibawa mati.

Terima kasih daun keladi,
Kerana sudi menolong kami,
Kalau ada kesulitan kami,
Diharap sudi bantulah lagi.

Sunday, April 21, 2013

Aktiviti PPKI sekitar Bulan March dan Awal Bulan April

Pada 3 dan 4 April 2013, Panitia Pendidikan Khas Zon Kukup telah menjadi penganjur untuk Sukan Balapan dan Padang Pendidikan Khas Daerah Pontian. SKAM telah dipilih untuk menjadi lokasi pertandingan. Alhamdulillah sepanjang acara dijalankan, tiada berlaku sebarang masalah  dan majlis berjalan dengan lancar.


murid - murid menunggu rakan - rakan
gelagat semasa menanti rakan - rakan yang bertanding. bersama Saiful Safarin yang telah berpindah ke SK Rimba Terjun. Ukhwah masih lagi terjalin




Najihah yang baru selesai berlari dan mendapat tempat ketiga

Amira yang berjaya mendapat tempat pertama dalam pertandingan lontar peluru. Tahniahhhhh.. Mudah - mudahan dapat mewakili Johor lagi sekali ke peringkat kebangsaan tahun ini seperti tahun lepas.
Cg Dila yang bertudung oren. Orang kuat dalam memastikan  sukan daerah  ini berjaya dilakukan dengan cemerlang sekali di Zon Kukup





Cikgu cikgu Pendidikan Khas yang bertugas sebagai penjaga masa yang sentiasa  komited menjalakan tugas
Acara perbarisan



















kontijen PPKI SKAM

PPKI SKAM










Penyelaras PPKI SKAM , Cg Mastura yang sibuk menguruskan pelbagai perkara 



Acara potong tali belon sebagai acara perasmian