Saturday, March 2, 2013

Jualan Program Transisi



Pada 27 dan 28 Mac, Kejohanan Balapan dan Padang Peringkat Zon Kukup telah diadakan di padang SKMAM. Maka PPKI SKAM tidak melepaskan untuk melakukan jualan transisi. Dalam jualan transisi berasaskan makanan ini, kesemua murid Jaya telah terlibat. Bagi urusan jualan, ianya dikendalikan oleh murid murid sendiri di bawah seliaan 2 orang guru pelatih daripada IPTI. Untuk penyediaan bahan, guru - guru dan PPM PPKI SKAM bersama murid Jaya dan sebahagian kelas USaha dan Maju telah bergotong royong menyediakan bahan jualan.
 




Affandi dan Sharul telah diberi tugasan  untuk menjual air minuman. Bagi jualan air minuman, PPKI SKAM telah menjual air asam boi dan air cincau, aiskrim Pop Yeh Yeh ( Idea guru pelatih IPTI iaitu Cikgu Jannah). Dan pada hari kedua, jualan air minuman bertambah lebih rancak  dengan menjual ice blended, asam boi, bandung cincau dan air jagung ( sangat sedap dan dibuat oleh Cikgu Mas). PPKI SKAM juga telah cuba menjual jagung manis kukus. Sebagai percubaan, hanya 2 kg jagung manis di beli dan hasilnya tidak sampai 30 minit selesai dijual sehingga tidak sempat dirakam gambar. Oleh itu, jagung manis kukus ini akan dimasukkan sebagai salah satu menu utama yang akan dijual pada sukan pendidikan khas pada 13 Mac ini.


Setelah penat berjual sehingga ke petang. Murid kelas Jaya di beri upah  . Walaupun tidak besar mana nilainya, tetapi guru PPKI telah menerapkan dan membimbing murid untuk mencuba potensi diri ke arah kerjaya yang melibatkan urus niaga. Tujuannya agar, pada masa kelak mereka mampu berdikari dan memanfaatkan peluang diri  untuk membina kehidupan. 


Sambutan Maulidur Rasul Dan Mesyuarat Agung PIBG





Pada 21 dan 22 Feb yang lepas, pihak sekolah telah mengadakan sambutan Maulidur Rasul berserta dengan Mesyuarat Agong PIBG. Guru - guru  PPKI SKAM terlibat dalam pelbagai urusan antaranya menyiapkan backdrop, menyediakan bunga telur bermula daripada aktiviti merebus telur masin dan juga kawalan murid. Bagi aktiviti merebus telur masin,murid kelas Jaya telah membantu guru untuk membersihkan salutan hitam telur masin tersebut.
 Perarakan ini telah disertai oleh murid murid dari kelas pra, tahun 1 - 6 dan juga murid Pendidikan Khas. Bermula dari jalan utama hingga ke kawasan sekolah diiringi oleh paluan kompang di samping berselawat .








Pada majlis tersebut, murid - murid, ibu bapa dan guru dijamukan dengan nasi beriani . Oleh sebab waktu makan murid pada pukul 11 pagi melebihi waktu rehat, kebanyakan murid berasa lapar menyebabkan Hakimi bertambah nasi sebanyak 2 kali.














Sambutan kali ini agak meriah kerana diakhir Mesyuarat Agong PIBG telah diadakan cabutan bertuah. Ini merupakan kali kedua cabutan bertuah diadakan selepas beberapa tahun yang lepas. Sponsor dan tajaan hadiah cabutan bertuah daripada pihak - pihak tertentu amatlah menggalakkan dan kebanyakan tetamu pulang dengan membawa hadiah.





.

Pergi Takkan Kembali

Pada 8 Februari 2013, PPKI SKAM telah mengadakan majlis tahlil yang dikhususkan untuk bekas murid yang telah kembali ke rahmatullah pada tahun lepas iaitu Allahyarham Sahari.  Disamping itu tahlil arwah untuk penjaga murid iaitu arwah Nordin  dan Arwah Yahakob.


 Majlis tahlil ini dirancang secara spontan dalam masa 2 hari. Terlalu banyak jasa yang ditabur oleh arwah Sahari terutama dalam membantu guru. Tingkahlaku yang menyenangkan hati guru serta bersifat baik hati membuatkan guru guru dan rakan sekelas sentiasa ingat walaupun arwah telah melanjutkan pelajaran ke sekolah menengah.  Mudah - mudahan arwah  Sahari, pakcik Nordin, Pak Akob ditempatkan dikalangan orang orang yang beriman dan bertakwa.
*****Terima kasih kepada Cikgu Nik sebagai sponsor utama untuk majlis tahlil ini.

Friday, February 22, 2013

Musim Pemilihan Pemain Sukan Bermula

21 feb 2012 yang baru ini, kem  pemilihan atlit untuk permainan futsal dan bola jaring telah di jalankan di Benut bagi tujuan pemilihan team Pontian. PPKI SKAM tidak melepaskan peluang untuk menghantar murid ke kem pemilihan tersebut. 6 orang murid kelas Jaya telah pergi ke kem pemilihan tersebut dan hasilnya 2 orang yang terpilih bagi tujuan pembentukkan team Pontian. Mudah - mudahan Afandi dan Aishah Kamarudin terpilih untuk mewakili team Pontian. Chaiyok2x.








## gambar sekitar kem pemilihan. tak sempat snap banyak.

Wednesday, February 20, 2013

Start Again Kisah 2013

Setelah setahun tiada khabar berita daripada PPKI SK Andek Mori. Kini ICT PPKI kembali berfungsi seperti sediakala. Kekangan masa menyebabkan blog tidak dapat dikemaskini. InsyaAllah dari semasa ke semasa akan diupdate.



Tuesday, May 17, 2011

Corat - coret Sekitar Hari Guru


Model daun ketupat


Lastik jangan tak lastik


Cicakman aka Cikgu Nik


Penyelaras Pendidikan Khas, Pn Mastura tersipu - sipu malu


Pertukaran hadiah Cikgu Najah - Cikgu Ina



Coconut bowl


      

Tarian kipas
 


Guru menyanyi lagu
 

Makan guli menggunakan chopstick.hehe

                                  


Pak guard
     
   

Sumazau
 

   






Anyam jangan merenyam

               
Kerjasama membawa berkat. Import peserta dari kantin,Makya

Wednesday, March 31, 2010

Riadah di Penghujung Mac 2010

Pada 31 Mac 2010 ,Kelas Pendidikan Khas SK Andek Mori bersama dengan 4 buah lagi kelas Pendidikan Khas Zon Kukup telah mengadakan program riadah dan rekreasi di Pantai Rambah. Seramai lebih kurang 60 orang murid yang terlibat . Tujuaannya adalah untuk memastikan murid-murid mendapat peluang yang sama seperti kanak-kanak yang lain.Selain itu, membantu murid-murid memperbetulkan koordinasi pergerakan mereka.