Tuesday, April 23, 2013

Majlis Perpisahan Guru Praktikal


19 April 2013, PPKI SKAM mengadakan jamuan perpisahan dengan guru pelatih dari IPGM Kampus Temenggong Ibrahim.  Cg Jannah dan Cg Amira yang banyak memberi sumbangan dalam menjayakan persembahan pom pom dan latihan tarian untuk pertandingan karnival seni peringkat Daerah Pontian.


BINTANG BARAT TERBITAN PETANG
BINTANG TIMUR TERBITAN PAGI
JIKA TIDAK MELARAT PANJANG
ADA UMUR KETEMU LAGI


Cenderahati dari PPKI SKAM kepada Cg Amira

Cenderahati dari PPKI SKAM  kepada Cg Jannah



Cenderamata dari guru praktikal kepada warga PPKI SKAM

Special cenderamata 










Ucapan Cg Mira berlatarbelakang video maker yang dibuat oleh  mereka berdua. Superbbbb!!!

Jamuan perpisahan untuk mereka pada kali kedua selepas hari sebelum ini







Cg Jannah dalam memori PPKI


Cg Amira dalam memori PPKI











Letih berjalan di tengah pekan,
Singgah sebentar di gerai siti,
Terima kasih kami ucapkan,
Atas segala jasa dan bakti.

Terima kasih kami ucapkan,
Kerana kalian selalu membantu,
Jasa dan bakti jadi taruhan,
Akan dikenang setiap waktu.

Pisang emas bawa belayar,
Masak sebiji diatas peti,
Hutang emas bolh dibayar,
Hutang budi dibawa mati.

Terima kasih daun keladi,
Kerana sudi menolong kami,
Kalau ada kesulitan kami,
Diharap sudi bantulah lagi.

No comments:

Post a Comment