Wednesday, March 31, 2010
Riadah di Penghujung Mac 2010
Pada 31 Mac 2010 ,Kelas Pendidikan Khas SK Andek Mori bersama dengan 4 buah lagi kelas Pendidikan Khas Zon Kukup telah mengadakan program riadah dan rekreasi di Pantai Rambah. Seramai lebih kurang 60 orang murid yang terlibat . Tujuaannya adalah untuk memastikan murid-murid mendapat peluang yang sama seperti kanak-kanak yang lain.Selain itu, membantu murid-murid memperbetulkan koordinasi pergerakan mereka.
Sunday, March 7, 2010
GOOD BYE 2009 (2)
AKTIVITI DI BULAN RAMADAN.
Pada bulan Ramadan yang lepas, murid-murid telah menjalankan aktiviti menggulung popia. Aktiviti ini telah berjaya mengcungkil bakat-bakat murid dalam kemahiran menggulung popia. Walaupun ada yang kurus dan gemuk, tapi ia masih lag menawan.Dan PKHAS SKAM menjual popia tersebut dengan harga RM10
sekotak dengan tema "membeli sambil menderma" kepada guru-guru. Alhamdulillah sambutan dari guru positif 
Marhaban Ya Nurul Aini .................... Setelah sebulan berpuasa, warga Pendidikan Khas mengadakan program marhaban ke rumah murid -murid. Tujuannya untuk mengeratkan silaturahim antara warga PKHAS SKAM dengan ibu bapa murid. Di samping itu, murid-murid dapat belajar cara bersosialisasi dengan masyarakat.Sambutannya? AMAT MENGGALAKKAN.Bakal dijadikan aktiviti tahunan
Karnival Sukan Olahraga Pendidikan Khas 2010 Daerah Pontian

Cg Mas dan Cg Dila dan murid2x

Aiman dan Nurul untuk kategori cerebral palsy;lari 50 meter

Sahari tengah tunggu giliran lontar peluru

Setelah penah melontar peluru (Amira dan Sahari)

Murid2x SKAM di khemah

Sedang menunggu giliran final lari. SK @ merupakan ex- superstar SKAM,Supriyad

Aishah K sedang siap sedia

Tekun mendengar ucapan penutup

Singgah makan di KFC selepas sukan.Yummy

KAmi murid Pendidikan KHAS SKAM 2010. Peaceeeee
Pada 4 Mac 2010, PKHAS SKAM telah menyertai karnival sukan pendidikan khas peringkat Daerah Pontian. Hasilnya agak memberangsangkan. Kami berjaya membawa pulang 2 perak dan 1 gangsa. Saingan begitu sengit. Kebanyakan superstar telah sambung belajar ke sekolah menengah.Apapun, adat pertandingan ada menang ada kalah. Yang pasti, KAMI TELAH BERUSAHA
Bersihkan Sesawang
Bulan March 2010 baru mempunyai sedikit masa untuk membersihkan habuk2x pada sesawang. Bak kata orang dapurr tak berasap
Subscribe to:
Posts (Atom)