Thursday, December 31, 2009

DETIK AKHIR 2009

 Nusantara pulau serumpun,
    Terkenal dengan keroncong gurindam,
        Akhir Disember menutup tahun,
             Tercapaikah sudah tekad dan azam?

Good Bye 2009

Pejam celik pejam celik, tahun 2009 bakal melabuhkan tirainya. Hanya tahun yang bakal berubah, dari angka 2009 kepada 2010. Maka , banyaklah aktiviti yang telah dilakukan oleh warga PKHAS SKAM. Terrrlalu banyak jugak aktiviti yang dilakukan oleh murid-murid kami. Antaranya:             
                                                                                                                  
                                                        SUKANEKA  PENDIDIKAN KHAS ZON KUKUP                  Gambar kenangan bersama Pegawai PPD, En Hamid Selamat untuk upacara penutup Sukaneka Pendidikan Khas Zon Kukup. 5 buah kelas Pendidikan Khas dari Zon Kukup bertanding. Pendidikan Khas SKAM sudah tentunya hebat
MINGGU KEMERDEKAAN        murid - murid menyanyikan lagu patriotik "Inilah Barisan Kita". Tarmizi mengetuai bagi nyayian solo. Syabas!!!

                                                                  PROGRAM KEMAHIRAN HIDUP .                                 PKHAS SKAM merupakan tokei sawi, jagung manis, tomato, bendi. Sudah puas juga, sayur-sayuran ini dibuat sebagai bahan untuk menjual mee goreng bagi aktiviti jualan hari Rabu. Dengar crita, tahun depan penyelaras nak buat projek Bumi Hijau.Jadi tak Kak Mas?


                                                                                                                      



Monday, December 7, 2009

Selamat Pengantin Baru

Bulan 11 telah selamat berlalu. Kini Bulan 12 pula menjelma.
Maka, dengan ini selamatlah 2 orang guru P.Khas Skam mendirikan masjid. Mudah-mudahan berbahagia hingga ke anak cucu


Pertama ; Puan Norhawani Arifin dan Cikgu Hadi
Kedua    ;En Nik Khairul Azuan Nik Kob dan Cikgu Sabariah